Simfoni Hati Seorang Pu3

Thursday, January 20, 2011

Biar aku sendiri...

Entah kenapa, hari ini aku bersetuju untuk bertemu J setelah hampir 2 tahun tidak bersua... Setelah hampir 2 tahun aku cuba melupakannya... Hakikatnya, aku tewas hari ini... Tp pertemuan ini tidak mengundang apa2 perasaan padaku... Apakah aku berjaya utk melupakan cintaku padanya?? Atau kerana hatiku yg telah keras buatnya? Aku sendiri tiada jawapannya... Aku tau aku rindu & masih ada perasaan kasih tp aku tidak mengharap apa2 lagi padanya... Walaupun dia menyatakan hasrat utk memperisterikan aku... Tp aku tidak merasa apa2 krn bgku kata2nya hanyalah omong kosong belaka... Aku tak sanggup untuk merampas hakmilik org lain... Biarlah aku pendam duka ku sendiri... Petang td kami bertemu di tempat sma pertemuan kami yg pertama kali dahulu... Aku terlalu ingin menyatakan rasa kasihku pd nya... Tp, keadaan tidak mengizinkan. Biarlah hanya aku yg tau kerinduan & kasih syg utknya... J tak perlu tau semua itu.... Aku xnak merampas J dr sesiapa.... Walaupun dia kerap kali brtanya, adakah aku akan menerimanya jika dia ingin kembali pdku... Jwpn aku padanya, tetap TIDAK.... Walaupun hanya Allah yg tau kasih syg untuknya yg trsimpan dilubuk hati kecilku ini... Biarlah ku pendamkan sahaja... J, sy masih menyayangi awak... Sy masih merindui awak... Tp, sy tak berdaya untuk meneruskan segalanya... Tanpa restu ibu, tanpa keizinan dr yg Maha Esa, sy takkan memaksa utk memiliki awak... Biarlah sy simpan segalanya untuk diri sy sendiri... Maafkan saya... Semoga awak lebih bahagia tanpa kehadiran saya.... Perasaan sayang itu akan terus berada dilubuk hati sy tanpa perlu awak ketahui tentangnya... Dan sy tak mengharapkan sebarang pengertian dr awak.... Ckuplah sy tau awak bahagia dgn jalan yg awak pilih.... Selamat tinggal sayang....
posted by Pu3 at 6:27 AM 0 comments

Sunday, January 16, 2011

Duka Itu Masih Milikku....

Salam sejahtera.... Dah terlalu lama aku lupa dan abaikan blog ini... Terlalu lama menyepi... Tanpa sedar setahun telah berlalu sejak dr kali terakhir aku menjejakkan titipan di sini.... Namun, aku masih di sini... Tak mengerti dengan apa yg telah terjadi... Masih bersendiri... Masih mencari2... Makna sebuah kebahagiaan... Hakikat sebuah kehidupan... Malam ini terasa sepi... 2010 telah berlalu pergi.. meninggalkan seribu satu rasa dihati ini.... Kenangan yg terlalu hambar untuk diingati lagi... Aku masih mengingatinya... Walau ku tahu aku takkan memilikinya... Dan andainya dia datang untuk kembali, aku hampir pasti untuk tidak berpaling lagi padanya... kerana dia bukan milikku... dan aku takkan sesekali menyakiti kaum sejenisku... tapi kenapa hati ini tidak mengerti... aku sayang padanya.. aku rindu padanya...

Biar aku kenalkan dia sebagai J.. Seseorg yg tanpa sengaja aku kenali... Perkenalan bermula di saat dia tersilap menelefonku... Sms utk berkenalan dihantar beberapa hari selepas detik itu.. Aku menyambut baik pelawaan itu, dgn niat mgkn ini jalan yg Allah buka untukku dan aku ingin tempuhinya satu persatu... Perknalan ini berterusan hingga di saat kami mula mengatur pertemuan pertama... Bagi aku J hanyalah biasa2 sahaja... dan aku tak pernah mengharap apa2 dr pertemuan ini kerana aku sedar hakikat kaum adam di zaman ini hanyalah kepada keindahan luaran.. dan hanya yg segelintir dpt melihat keindahan dalaman seorg wanita yg biasa2 sahaja seperti aku... dan yg segelintir itu kebanyakkannya telah pun menemui Zulaikha nya sendiri... Hubungan ini berterusan seperti biasa dan kami mula dengan beberapa episod pertemuan lagi.. Sikapnya J yg biasa, layanan & cara J menghormatiku memberi pesona yg agak lain bagiku... Untuk pertama kalinya aku tidak rasa dipergunakan oleh lelaki seperti insan2 yg pernah aku jumpa sebelum ini... Biasanya, mereka lagi suka kalau aku yg membayar mkn minum mereka, membayar duit minyak kereta, tol dan sebagainya... Tp tidak dengan J... Aku rasa selamat bersamanya... Hubungan ini semakin intim dan bagiku tiada cacat cela dipandangan mataku ini... Walaupun segalanya agak terlalu cepat, tapi aku bersyukur dan berdoa moga dialah insan yg dijadikan utkku.. Dan dengan nama Allah aku bahagia ketika itu... Ternyata dapat aku rasakan kasih sayang J terhadapku.. Dia memperkenalkan aku dengan saudaranya, kawan2nya, malahan dia pernah tunjukkan aku rumahnya... Anggapanku pastinya J jujur kerana tak mungkin dia memperkenalkan aku dgn org2 disekelilingnya jika dia berniat tak baik padaku... Dan aku rasa dihargai dihadapan kenalannya... Hubungan kami tak pernah ada masalah sehinggalah pada satu ketika tiba2 dia menyepi...

Aku mula risaukan J... Kerana kali terakhir kami bertemu, dia agak kurang sihat... Tambahan pula ketika itu, musim H1N1... Aku hantar berpuluh sms tapi tiada balasan dr J.. Begitu juga panggilan telefon.. Tetap tiada jawapan... Akhirnya, aku nekad utk menjenguk ke kediamannya... Aku maklumkan kedatanganku melalui sms namun masih tiada reaksi dr J.. Keesokkan harinya, tepat jam 9 pagi aku tiba dirumahnya... Aku beri salam aku ketuk pintu, tp tiada jawapan... Aku tau ada seorg sahabatnya W yg tinggal berdekatan... Aku mencarinya dan sempat bertanyakan hal J.. W mengatakan baru mlm tadi mereka bermain badminton bersama2.. Aku hairan... Kenapa J mendiamkan diri dari aku... Menurut W, kadang2 J akan balik seawal 12 tghari jika dia tidak berapa sihat... Aku nekad menunggu dihadapan rumahnya sehingga jam menginjak ke pk 1 ptg... Aku tak pernah buat perkara gila seperti ini... Tapi kerana rasa kasih & prihatin aku gagahkan diri utk menanti... Aku berdoa semoga Allah memberikan petunjuknya kepadaku... Kenapa tiba2 J berubah.. Sedangkan tiada satu konflik pun yg berlaku di antara kami... Segalanya baik2 sahaja... Berilah aku kekuatan dan tunjukkan aku kebenaran... Hanya itu doaku selama 4 jam menanti...

Hampir tepat jam 1 tghari, aku tersentak melihat 2 org wanita keluar dr kediaman J... Dengan spontan aku menurunkan cermin kereta & memanggil wanita itu menghampiri keretaku... Aku bertanya ttg J... Menurut mereka, J kerja & mereka telah menyewa salah sebuah bilik dirumah tersebut... Aku musykil... Seorang dr wanita itu agak menarik dipandangan mataku... Dia bertanya, selalu ke aku bertemu J.. Dan aku memaklumkan baru seminggu yg lepas aku menemui J di rumah itu... Dengan segera dia terus beredar dan sahabatnya turut mengikut langkahnya... Aku lihat dr cermin pandang belakang dia membuat panggilan telefon... Ketika ini hatiku mula bercelaru... Kenapa?? Apa semua ni?? Kenapa J buat macam ni padaku? Apa salahku? Aku terus meninggalkan rumah J dengan seribu persoalan dan hati yg hancur luluh... Kenapa ini balasan yg aku dapat dari J? Tiba2 ada sms yg masuk... Sms dari J... J memarahi aku kerana tiba2 dtg mencarinya di rumah... Dia bertanya tujuan aku dtg mencarinya... Aku membalas dengan hati yg tak keruan, dengan tangan yg menggeletar, dengan airmata yg membasahi pipi, dengan hati yg telah robek... Aku dtg hanya kerana aku sangka dia sakit... Kalau dia menjawab sms ku yg terdahulu dan melarang aku dtg, tak mungkin aku akan ke sana.... Ketika itu pandanganku kabur... Airmataku mengalir laju... Sakitnya luka dihati ini... Terlalu pedih untuk aku... Sakittt...

Aku tidak mencari J lagi... Begitu juga J.. Aku pendamkan segala rasa dihati... Aku mendekatkan diri dgn yg Maha Esa memohon diberi kekuatan untuk dugaan ini... Aku mohon kepadaNya, agar J menyesali apa yg telah berlaku... aku terlalu ingin untuk mendengar permintaan maaf dr J... hanya itu yg boleh mententeramkan aku... Aku ingin dia sedar dia telah menyakiti aku... Dan seminggu selepas itu, sms dr J aku terima... Dia memohon maaf dr hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kekhilafannya... Aku mengangis tanda syukur kerana Allah memperkenankan doaku... ternyata J masih mengerti & mungkin dapat merasa kehibaan aku... Aku bertekad untuk mengundur diri... Semuanya kerana W, sahabat J telah menghubungiku beberapa hari yg lalu menceritakan siapa sebenarnya wanita yang aku jumpa tempoh hari...

Wanita itu adalah teman wanita J.. Meraka telah lama bersekedudukan... Sepanjang tempoh hubungan aku dgn J, wanita itu pulang ke kampung kerana dia dgn J ada krisis ketika itu... Aku telah menjadi mangsa keadaan... J mula mencari aku dr masa ke semasa kerana ingin memohon maaf... Setiap sms nya aku biarkan berlalu sepi... Mengapa aku yg terpilih untuk melalui semua ini??... Di mana salahku??.... Semakin lama, J semakin mendesak hingga mula menjejakku ke tempat kerja... Namun, aku hanya membiarkan matanya memandang tanpa aku menegurnya... Hati ini terlalu sakit... Terlalu pedih luka yg J tinggalkan... Aku menghubungi W, untuk bertanya keadaan J dgn teman wanitanya... Kerana dia mula mencari aku semula selepas beberapa bulan berlalu... Akhirnya, satu lagi berita hebat yg aku terima dari W... Menurut W, J sebenarnya telah berkahwin... Dia mempunyai 2 org isteri dan 3 org anak dari isteri pertama... Terlalu berat hakikat ini utk aku terima.... Kenapa J yg begitu baik dan tiada cacat celanya bagi aku, sebenarnya sanggup membuat perkara begini? Status diri J benar2 mengecewakan aku... Diam tak diam telah setahun semua ini berlalu... J masih berusaha menghubungi aku dgn sms2 nya... dan akhirnya aku cuba bereaksi positif dgnnya hanya kerana aku tak mahu lagi bersedih setiap kali menerima sms nya... dan aku berharap J tak akan kerap lagi menghubungi aku kalau dia tahu aku telah menerimanya sebagai sahabat & telah memaafkannya...

Hakikatnya... aku sememangnya menyayangi J... dr dulu hingga kini... dan aku berdoa, seandainya Allah ada jadikan seorg lagi J yg sememangnya diciptakan untukku... Dan ketika itulah, aku akan menerima J... Walaupun mungkin bukan di waktu ini, tp di alam lain yg lebih kekal... Apakah aku masih layak untuk memiliki insan seperti J, yg baik dipandanganku, tanpa ada cela yg tersorok disebaliknya... Ya Allah... berilah aku kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ini... Tunjukkan aku laluan yg terbaik untuk rasa kasih dan rindu yg terpendam ini... Tolonglah aku Ya Allah... Aku redha dengan ketentuanMu.. Kerana J bukan milikku...
posted by Pu3 at 6:46 AM 0 comments

Saturday, February 21, 2009

Nyanyian Hati

" Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu dihati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapusi airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati

Setiap malam kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari tak ku dengar suaramu
Hati rindu
Ku terasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu
Kau rindukan aku
Belayar kasih mesra untukku
Tak sempat lagi
Kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu dihati
Tersentuh hatiku
Rasa ingin bersamamu
Menyapusi airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati

Setiap malam kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari tak ku dengar suaramu
Hati rindu
Ku terasa dunia ini bagai terhenti

Aku tahu
Kau rindukan aku
Belayar kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi
Kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerailah genggaman mawar dari tanganku

Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu dihati
Tersentuh hatiku
Rasa ingin bersamamu
Menyapusi airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati.. "



Begitu indah bait-bait lirik di dalam sebuah lagu kegemaranku ini... Lagu dendangan Arrow yang berjudul "Sendu Dihatimu Rindu Dijiwaku" ini telah lama bertapak di hatiku sejak zaman kampus lagi sekitar tahun 1999. Bunyi piano diawal lagu cukup menggetarkan perasaanku.. Mengimbau nostalgia yang terpahat kukuh diingatan ini khusus untuk insan-insan yang pernah hadir dan menghilang... Menghilang sepi tanpa ku tahu ke mana arahnya... Semoga bahagia itu bisa menjadi milik insan-insan yang entah siapa gerangannya...
Bagiku lirik lagu ini memberi gambaran perasaan kehilangan seseorang yang disayangi tanpa sempat bertemu wajah... Memang betul kata seorang sahabat, perasaan sayang itu hadir tanpa disedari bila waktu kehadirannya. Walau pun tidak bertemu wajah, perasaan halus itu menyusup ke sanubari tanpa dikenali siapakah insan yang perlu diberi rasa kasih itu... Begitu indah perasaan yang dikurniakan Tuhan ini... Betapa kuatnya getaran kehadiran seorang insan sehingga perasaan sayang itu seakan-akan diseru untuk bertapak dilubuk hati. Kerana itu kehilangannya amat mengguris hati. Tanpa khabar menyepi diri. Membuat hati terus berlagu sepi... Bagiku sangat zalim meninggalkan kasih terbiar sepi setelah perasaan itu disemai bersama.. Disulam rindu dan harapan... Tapi ternoktah jua akhirnya.. Pengakhiran yang tiada penghujungnya... Dan kasih itu pergi bersama hembusan bayu lalu meninggalkan titis hujan simbolik sebuah kesedihan.. Mungkinkah mentari kan menyinar lagi?..
posted by Pu3 at 9:30 PM 0 comments

Sunday, February 8, 2009

Mengapa Sayang..

Di hati ini ada Sayang... Rasa kasih yang terlalu dalam untuk diserahkan kepada yang berhak. Sayang itu terlalu tinggi rasa cintanya. Hanya untuk dia yang dipuja. Yang diletakkan pada sebuah takhta yang agung kedudukannya dipelusuk jiwa. Tapi mengapa sayang itu terlalu sukar untuk dihargai. Terlalu susah untuk difahami walaupun ianya diberi seikhlas hati. Beracunkah perasaan itu? Hingga aku terpana sendiri bila rasa sayang itu dikhianati lagi. Seolah-olah sayang yang diberi pasti meracun hati sendiri. Sampai bila akan begini? Sesungguhnya aku tak mampu untuk mendepani lagi saat-saat terluka begini. Hina sangatkah sayang yang terbit dihati seorang yang bernama Pu3?.. Ia berkecai menjadi serpihan-serpihan kaca yang berderai bak cermin dihempas ke batu. Serpihan yang tajam itu terus menusuk ke hati dan melukai lagi... Ke manakah perginya darjat kasih sayang yang kuberi itu wahai Arjunaku? Mengapa sayang itu tidak kau peduli lagi. Tidak kau hargai lagi. Sedangkan takhta dihati ini hampir pasti menjadi milikmu... Dimanakah kesilapan yang telah merobek hubungan ini? Adakah aku yang bersalah? Rasa sayang itu benar-benar menakutkan aku dikala ini... Kehilangan darjat perasaan kasih itu amat memeritkan.. Amat memilukan... Sesungguhnya aku tak mampu menanggungnya lagi... Tuhanku.. Berilah aku kekuatan dan ketenangan untuk merawat kepedihan ini... Kasih sayangku terlerai lagi.... Menghilang pergi dibawa angin lalu.... Maafkan aku andai kasih sayang ini adalah sesuatu yang tak seharusnya ku beri padamu Arjunaku.. Andai kumiliki semalam akan ku ubah jalan ceritanya. Semoga sayang itu tidak bersemi dan kau kan tetap menjadi sahabatku selamanya. Tapi ku tahu dihati mu juga ada sayang itu.. Dapat kurasa getarannya. Tarikannya terlalu kuat untuk aku hindari.. Tapi mengapa sayang? Ku pasti ada yang kau sembunyikan dari pengetahuanku sehingga kau terus menyepi tanpa berita lagi.... Dan kesepianmu itu menghancur luluhkan harapan ku menjadi deraian airmata yang tidak berhenti.. Kerana kau pergi membawa kasih sayangku bersamamu.... Menjadikan duniaku gelap tanpa sinaran lagi... Dan kini aku takut dengan rasa 'sayang' ku sendiri....
posted by Pu3 at 9:20 AM 0 comments

Friday, February 6, 2009

CINTA...

Apa itu CINTA? Setiap insan pasti mempunyai definisi tersendiri tentang 'CINTA'. Yang pasti CINTA itu adalah satu perasaan asing yang tidak selalu singgah di hati.. CINTA juga tidak semestinya hadir di hati setiap insan yang wujud di muka bumi ini... Ianya terlalu subjektif untuk dirasai dan difahami.. "CINTA apabila kita rasa ingin sentiasa bersama dengan orang yang kita suka. Perasaan ingin memiliki dan dimiliki. Rasa nak hidup senafas dengannya dan takut kehilangannya. CINTA adalah satu perasaan apabila kita mula berdebar-debar setiap kali kita bersama dengannya. Dan setiap kali kita bersama dengannya kita akan rasa seperti masa itu cemburu dengan kita sehinggakan satu hari bersama dengannya akan rasa seperti satu jam dan sebab itulah kita akan menyalahkan masa yang bergerak pantas. Dan CINTA juga satu sentuhan. Setiap kali kita bersentuhan kita akan rasa satu perasaan yang 'MAGIC'. Perasaan yang berdegup dan berdebar-debar tadi tiba-tiba akan berhenti berdegup dan masa yang bergerak pantas tiba-tiba akan berhenti-henti..." Satu definisi yang agak tepat oleh dialog Azroni dalam siri Rona Roni Makaroni siaran Astro Ria. Bagiku CINTA itu terlalu istimewa kerana ia terlahir dari sudut hati yang tak dapat dikawal malah kadang-kadang juga tidak dimengerti. Amat sukar untuk difahami.. Perlukan masa untuk diterjemah oleh akal bahawa ia perasaan yang amat halus dan menular ke dalam setiap gerakan yang dipenuhi dengan rasa sayang... dan perasaan itu amat 'ISTIMEWA'... Hadirnya selalu tidak disedari... Namun kehilangannya sering dideritai.... Apabila CINTA itu pergi, ia meninggalkan kekosongan dihati dan hanya sepi yang memenuhi segenap ruang. Sekelip mata ia hadir namun seumur hidup untuk dilupakan... Sedetik bersama berabad terasa..... Mengapa kadangkala CINTA itu hadir pada sesuatu yang tak pasti?.. Kerana kehilangan CINTA itu membawa bersama segala kekuatan dan harapan.... Lalu diri menderita kerana sebuah KEHILANGAN..... Adakah CINTA itu akan datang lagi? Tiada siapa mengetahui melainkan Yang Maha Esa... Akan samakah perasaan yang hadir sedangkan masa terus berlalu pergi dan melewati batas usia....Meninggalkan segala harapan di laluan kenangan..... Dan akhirnya CINTA itu terbiar sepi.......

posted by Pu3 at 1:59 PM 0 comments

Monday, July 7, 2008

Rahsia Hati

Setiap insan di dunia ini punya hati dan perasaan... Namun setiap hati itu berbeza rentak dan iramanya... Pelbagai cara melagu sepi, pelbagai rasa menyisip di sanubari... Namun hati seringkali sukar untuk dimengerti... Mudah diserah tapi susah untuk dihargai... Mudah diikuti namun tidak difahami... Akhirnya sepi dan luka menjadi teman sejati... Mengenang kisah yang telah terhenti... Namun hati tetap bermimpi moga kisah lalu beralun kembali... Memberi sinar dihati lagi... Namun tak mungkin sesuatu yg telah berlalu kembali menyeri... Yang tinggal hanyalah hambar dan suram di pelusuk jiwa... Mengharap sinar suria akan bercahaya lagi... Entah bila akan terjadi... Hanya Allah yg Maha Mengetahui....
Kenapa hati masih mengharap? Kerana yakin dia akan memahami suatu hari nanti... Kenapa hati masih ada rasa sayang? Kerana kasih tak pernah terbuang... Kenapa hati masih merindu? Kerana masih mengharap padanya yang satu... Kenapa hati tak pernah jemu? Kerana hati masih mengharap kasih yang sejati... Kenapa hati sering bersedih? Kerana sering disakiti namun kuyakin dia akan memujuk kembali... Kenapa hati masih begini? Kerana setiap yang terjadi masih ada jawapan... Walaupun hanya direka-reka untuk menyedapkan hati.... Ternyata memang sukar hati ini untuk dimengerti...
Ujian yang mendatang menjadikan hati ini sekeras besi... Dah terlalu banyak ranjau berduri dilalui... Mungkinkah hati kan tersenyum kembali? Terlalu sukar untuk ku menelah kerana ku pasti kesedihan itu akan kumiliki lagi... Dan lagi... Dan lagi... Entah bila kan terhenti.... Kuatlah hati... Tabahlah hati... Keranamu ku masih berdiri... Mengharap lagi pada yang tak pasti...
posted by Pu3 at 10:00 PM 2 comments

Monday, June 30, 2008

Aku Pu3

Pu3... Pu3 rajakah? Pasti ini yang sering tertanya-tanya dibenak fikiran sesiapa saja yang mengetahui nama samaran ku ini... Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, yg tiada istimewanya... Berdarah merah biasa, berada dikalangan anda semua, berpesekitaran biasa, menjalani kehidupan yg biasa2 saja, namun memiliki sekeping hati yg xmungkin sama dengan sesiapa... Hati, organ biasa yg dimiliki semua orang namun pasti berbeza naluri dan rasa.... Sesungguhnya nama Pu3 ini telah kumiliki sejak hampir 10 tahun yg lalu... Mula berjinak dengan dunia siber sejak usiaku menginjak 18 tahun.. Ramai yg menggunakn gelaran ini tapi aku dikenali sebagai Pu3XXXXX.... Biarlah ia menjadi rahsia diriku... Ape yg boleh aku kongsikan hanyalah istimewanya "Pu3" bagi diriku... Bukan ingin dipuja sebagai pu3 seorang raja.. Sekadar ingin memberitahu bahawa aku seorang wanita yg menjadi pu3 kepada ibubapa ku... Tiada yang lain melainkan aku... Sememangnya aku bagaikan pu3 bukan?.. Yang pasti ramai yg cemburu dgn kedudukan aku yg difikir sgt bertuah... Namun tidak bagi diriku sendiri.... Sepi... Kesepian sering saja bertamu di hati tatkala aku keseorangan... Tiada teman bicara... Kesibukan ibubapa ku yg bekerja sejak aku masih kecil menjadikan aku seorang yg cukup berdikari. Segalanya dibuat sendiri dan kawan2lah yg menjadi saudara ku... Kedua orang tuaku tidak pernah mengongkong kebebasan aku bergaul dengan siapa saja kerana mereka percaya dengan diriku dan ini menjadikan aku seorang pu3 yang bebas dalam pergaulan harian... Aku bersyukur tentang itu kerana kepercayaan itu satu anugerah yg tidak ternilai dan membentuk keperibadianku yg senang untuk didekati..

Tahun lalu menjadikan aku seorang pu3 yg telah kehilangan ayahanda rajanya untuk selama-lamanya.. Menjadikan aku seorang pu3 yg telah yatim dikalangan semua.. Hanya bonda peneman setiaku kini.. Pasti tiada lagi keistimewaan seorang pu3. Sebagai insan biasa aku mengimpikan ayahanda rajaku menjadi saksi kebahagiaan aku andai ditemukan jodoh kelak... Akan tetapi impian itu takkan menjadi kenyataan dan jika ada jodoh sekalipun pasti menjadi sebuah majlis untuk seorang pu3 yg hambar tanpa ayahanda rajanya.. Menjadikan aku seorang pu3 yg semakin lemah tanpa ayahanda rajanya... Aku tabahkan hati dalam merenung masa depan ku sendiri... Sebagai seorang wanita, kaum Adam amat diperlukan sebagai perisai untuk berlindung... Tanpa seorang raja apalah yg termampu untuk seorang pu3 sepertiku... Sedangkan pelbagai dugaan hebat telah aku tempuhi dlm mencari raja dihati.. Raja yang kuharap dapat menjadi perisai baru bagi aku dan bondaku setelah perisai ayahanda raja telah tiada... Akan kukupas simfoni2 yg berirama dihati untuk tatapan kalian semua. Adakala iramanya pincang dan sumbang... Adakalanya berlagu sepi... Dan adakala alunan iramanya membuai aku ke taman indah yang berbunga mekar lagi berseri....

Labels:

posted by Pu3 at 11:30 PM 0 comments